1. Apakah kelayakan untuk menggadai di Ar-Rahnu D’Harmoni?
- Ia terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
- Mestilah berumur 18 tahun ke atas.
2. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Ar-Rahnu D’Harmoni?
- Ar-Rahnu D’Harmoni merupakan pusat pajak gadai Islam yang menyediakan alternatif pembiayaan kepada individu dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
- Mengelakkan orang Islam daripada segala aktiviti pembiayaan secara haram atau mempunyai unsur riba.
3. Apakah yang perlu dibawa sekiranya pelanggan ingin membuat pinjaman di Ar-Rahnu D’Harmoni?
- Pelanggan yang hanya perlu membawa KAD PENGENALAN dan BARANG KEMAS yang hendak dipajak.
- Untuk bukan warganegara, pelanggan perlu membawa PASSPORT yang sah dan BARANG KEMAS yang hendak dipajak
4. Apakah konsep Syariah yang digunakan oleh AR-Rahnu D’Harmoni?
- Ar Rahnu – Satu barangan berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pembiayaan secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pembiayaan tersebut tidak dapat dijelaskan.
- Al Wadiah – Simpanan barang berharga dengan jaminan.
- Al Qard – Pembiayaan yang diberi mengikut peratusan tertentu nilai marhun.
- Al Ujrah – Upah simpan yang dikenakan ke atas nilai marhun.
5. Apakah kelebihan menggadai di Ar-Rahnu D’Harmoni?
- Pembiayaan berlandaskan Syariah kerana tidak mempunyai unsur Riba.
- Wang boleh didapati dengan segera dan mudah.
- Keselamatan barang gadaian dijamin selamat kerana dilindungi oleh insurans.
- Upah simpan yang rendah.
- Kadar upah tetap yang tidak berubah sehingga penebusan.
6. Apakah Perbezaan antara Ar-rahnu D’Harmoni dan pajak gadai konvensional?
| PAJAK GADAI ISLAM | PAJAK GADAI KONVENSIONAL |
|---|---|
| Perlaksanaan berasaskan tiga kombinasi prinsip Syariah iaitu Ar Rahn, Al wadiah yad ad-dhamanah dan qard al hasan | Tertakluk kepada AKta Pajak Gadai 1972 dari segi pengenaan kadar keuntungan |
| Tidak mengenakan kadar faedah yang tinggi tetap hanya mengenakan upah simpan. | Mengenakan faedah yang tinggi kepada penggadai kerana itu adalah sumber hasil kepada pemberi pinjaman |
| Hukumnya HALAL kerana tiada unsur RIBA | Hukumnya HARAM kerana melibatkan RIBA. |
| Pajak gadai Islam akan berusaha menghubungi peminjam untuk mengambil barang gadaian dan notis lelongan akan diberikan kepada penggadai sebelom tarikh lelongan. | Notis lelongan tidak diberikan kepada peminjam dan barang gadaian akan lupus sekiranya penggadai tidak menebus dalam tempoh gadaian. |
| Memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai. | TIDAK menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai barang gadaian berkenaan. |
| Caj perkhidmatan yang RENDAH kepada peminjam | Caj perkihdmatan yang TINGGI kepada penggadai/peminjam. |
| TIADA unsur penipuan semasa membuat timbangan barangan gadaian. | Barang gadaian tidak ditimbangkan dan diukur dengan betul. |
| Tempoh membayar balik adalah sangat munasabah dan tiada kos tambahan untuk melanjutkan tempoh gadaian. | Mengenakan bayaran tambahan yang TINGGI kepada penggadai jika mereka ingin melanjutkan tempoh gadaian. |
| Wang lebih gadaian dipulangkan kepada peminjam jika berlaku lelongan. | Wang lebihan lelongan tidak dipulangkan kepada penggadai dan ditolak jumlah hutang. |
| Meringankan beban penggadai dengan mengenakan caj upah yg sangat rendah | Menjadi beban kepada penggadai kerana dikenakan kadar faedah sebanyak 2% bg setiap bulan. |
| Matlamat utama pajak gadai islam adalah untuk MEMBANTU golongan golongan yg memerlukan | Matlamat utama pajak gadai konvensional adalah untuk mengaut keuntungan semata-mata. |
7. Berapakah nilai pembiayaan yang diberi oleh Ar-Rahnu D’Harmoni?
- Pembiayaan sehingga 75% daripada nilai emas (marhun)
- Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM50,000 seorang.
8. Apakah jenis barang gadaian yang diterima oleh Ar-Rahnu D’Harmoni?
- Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas yang mempunyai mutu berikut:
- Emas dan public gold bar 999 (24k)
- Emas 950 (23k)
- Emas 916 (22k)
- Emas 875 (21k)
- Emas 835 (20k)
- Emas 750 (18k)
9. Bagaimanakah cara penebusan di Ar-Rahnu D’Harmoni?
- Boleh dibayar secara ansuran atau
- Boleh dibayar secara sekaligus atau
- Boleh dibayar pada bila-bila masa sebelum tarikh matang.
10. Berapa lamakah tempoh gadaian yang diberikan oleh Ar Rahnu D’Harmoni?
- Tempoh gadaian yang diberikan adalah selama 6 bulan (tempoh matang)
- Lanjutan tempoh gadaian selama 2 bulan.
11. Bagaimanakah cara pengiraan upah simpan di Ar-Rahnu D’Harmoni?
| Margin pinjaman | Upah simpan bagi setiap RM100 nilai marhun/ bulan |
|---|---|
| 65% | RM 0.55 |
| 70% | RM 0.70 |
| 75% | RM 0.75 |
12. Apakah akan terjadi sekiranya peminjam gagal menebus barang gadaian?
- Sekiranya peminjam gagal menebus marhun tersebut dalam tempoh gadaian atau tempoh lanjutan yang diberikan, maka Ar Rahnu D’Harmoni berhak menjual/melelong marhun berkenaan mengikut prosedur penjualan/pelelongan.
- Wang hasil daripada jualan/lelongan akan digunakan untuk membayar amaun terhutang, kos penjualan/pelelongan dan kos-kos yang berkaitan. Bakinya boleh dituntut sejurus peminjam menerima notis wang lebihan lelongan.
13. Dimanakah pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Ar-Rahnu D’Harmoni?
- Pelanggan boleh menghubungi cawangan Ar-Rahnu D’Harmoni di talian 07-3554455.
- Pelanggan juga boleh melayari laman web www.arrahnudharmoni.com
- Pelanggan juga boleh terus mengunjungi ke Ar -Rahnu D’Harmoni.
