
KONSEP AR-RAHNU D'HARMONI
Skim Ar-Rahnu adalah pembiayaan jangka pendek, cepat, mudah dan bebas daripada unsur riba.
Ar-Rahnu diperkenalkan sebagai satu bentuk pinjaman mikro-kredit atau alat kewangan bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menampung keperluan mereka dan modal bagi sesuatu perniagaan.
Ar-Rahnu merupakan satu konsep gadaian yang baharu di negara ini walaupun transaksi gadaian merupakan antara salah satu transaksi peminjaman yang terawal yang dijalankan di malaysia berdasarkan sejarah.
1. Menyediakan kemudahan kewangan kepada anggota bagi mempertingkatkan sosio ekonomi
2. Menyediakan pelbagai faedah dan manfaat kepada anggota.
3. Meningkatkan prestasi kewangan melalui strategi bisnes teras yang telah dirancangkan.
4. Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen dan bonus dengan kadar yang kompetitif kepada anggota.
5. Memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang berkualiti.
6. Menyediakan modal insan yang profesional dan efisien serta melaksanakan aktiviti koperasi yang patuh syariah.
Menjadi sebuah Koperasi yang akan dapat membantu pekerja dibawah kumpulan D’Harmoni Telco Infra Sdn Bhd semasa berkhidmat dan selepas persaraan.